Sunday, July 26, 2009

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA DOKTOR PAKAR KANAK - KANAK

25 Julai 2009, Dewan besar SRIP Ipoh- program ini telah dihadiri oleh 16 keluarga yang telah dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan penilaian awal daripada pihak guru- guru. Matlamat program ini adalah unutk berkongsi maklumat berkaitan masalah pembelajaran kanak - kanak, cara - cara mengenal pasti dan langkah - langkah yang perlu diambil oleh kedua - dua pihak , ibubapa mahupun guru. Program ini telah direalisasikan dengan kerjasama 2 orang Doktor Pakar Kanak - Kanak dari Hosp. Permaisuri Bainun. Pihak sekolah amat berterima kasih dan bersyukur dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak doktor yang telah meluangkan masa selama 4 jam. Bagi menyampaikan syarahan pengenalan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak - kanak dan menjalankan pemeriksaan terhadap murid - murid yang telah disenarai pendekkan oleh pihak sekolah . Mengikut Dr Nor Azlina bt Mohammad Rashid dalam syarahan beliau, masalah pembelajaran kanak - kanak diklasifikasikan dalam beberapa kumpulan. Masalah Pertuturan,masalah pembelajaran , kecacatan otak, autisma , attention - deficit / hyperactivity disorder ( masalah daya tumpuan ) , masalah perilaku dan emosi,dyslexia ini adalah permasalahan yang menyebabkan kanak - kanak tidak dapat memahami , mengamal , memproses mahupun menghayati pelajaran dan pembelajaran yang dihadapi disekolah. Lantaran itu, kanak - kanak ini akan diklasifikasikan sebagai tidak mencapai tahap cemerlang seperti mana digariskan oleh ibubapa mahupun graf sekolah, duniawinya. Walaubagaimanapun, dengan adanya ilmu Al- Quran, walau sekadar hafazan amat membantu kanak - kanak bermasalah ini untuk membina keyakinan diri dan Al- Quran adalah ubat segala penyakit didunia ini kecuali mati. Hasil pemeriksaan para doktor, sebilangan murid akan dirujuk ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan serta menghadiri terapi pertuturan. Program ini, adalah satu perkongsian yang bermanfaat kepada ibubapa , guru dan masyarakat melayu kerana ilmu yang telah disampaikan oleh doktor dalam syarahan beliau sungguh bermanfaat untuk membantu generasi yang "beriman, bertaqwa dan bermaklumat" Jazakumullahu khairan khatira' kepada semua yang menjayakan program ini, iaitu kepada Dr. nor Azlina, Dr. Rashidah , barisan guru - guru , kakitangan sokongan dan ibubapa yang prihatin.

I made this widget at MyFlashFetish.com.