Tuesday, April 24, 2012

TAHNIAH KEPADA ALUMNI SRIP

25 April - SRIP mengucapkan terima kasih kepada Alumni SRIP yang sudi menziarahi sekolah, semalam.Tahniah diatas kejayaan Alumni SRIP dalam peperiksaan SPM yang lalu. Mudirah SRIP amat terharu kesudian mereka serta melihatkan persahabatan yang terjalin diantara mereka. Ini dapat dilihat ketika mereka bersama - sama membelek album lama sekolah, kenangan peristiwa setiap gambar diceritakan kembali dengan kemesraan dan keceriaan. Tidak kelihatan kekok atau perbedaan dalam persahabatan yang dapat dilihat walaupun ada diantara mereka tidak pernah mengenali satu sama lain. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati persahabatan kalian di dunia dan di akhirat. Terima kasih kepada ibubapa mereka kerana sudi membenarkan mereka berada di SRIP sepanjang hari semalam.

I made this widget at MyFlashFetish.com.