Thursday, October 7, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010

1 Oktober 2010 - Majlis Sambutan Hari Raya SRIP 2010 , bersyukur kehadrat Illahi majlis yang telah berlangsung dari jam 4.30ptg hingga 7.00mlm, berjalan dengna lancar. Berkat kerjasama guru - guru dan kakitangan sekolah yang telah mengembeling tenaga memastikan persiapan menyambut kehadiran tetamu dan jemputan.Terima kasih diucapkan kepada barisan guru - guru dan kakitangan serta kepada ibubapa yang turut membantu dan menyumbang dalam menyediakan juadah pada majlis tersebut.Pihak sekolah turut merakamkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan yang disalurkan bagi menjayakan majlis ini.
Sesungguhnya keakraban dan kemesraan serta ikatan silaturrahim yang utuh dapat dilihat dengan sambutan kehadiran para tetamu yang amat menggalakkan dari pada pihak ibubapa malah para jemputan yang terdiri daripada alp sekolah, jiran tetangga,sahabat handai dan saudara - mara;guru- guru serta kakitangan sekolah. Tidak ketinggalan bekas - bekas murid yang turut hadir; antara nya Zulhaikal,Zahir Imran, Danial dan Syazwan b Ibrahim, Dzul bertiga ( Dzairee,Dzaireef, Dzaihan), Muhd Arif b Hafas, Luqman Hakim b Jaafar( adik beradik), Khalis dan yang tak disangka Zaiyad. Terima kasih kepada ibubapa mereka kerana terus memberi sokongan kepada pihak sekolah.Majils berbesar hati diatas kehadiran bekas guru; ustazah Suzana dan keluarga dan pasangan pengantin baru ; Kak Zubaidah dan suami.
Pihak sekolah turut berbesar hati,apabila majis turut dihadiri rakan taulan yang bukan beragama Islam. Majlis ini telah menjadi wadah pertemuan bagi marapatkan hubungan silaturrahim antara bangsa Malaysia, umumnya dan Islam, khususnya. Semoga Allah S.W.T merahmati kita dengan KasihNya dan memberkati pertemuan kita di majlis ini dengan RahmatNya.Amin.

I made this widget at MyFlashFetish.com.