Monday, August 22, 2011

Perpustakaan Negeri Perak.


Perpustakaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengadakan karnival pada 14hb hingga 16hb Julai yang lalu. Dimana terdapat pelbagai aktiviti telah direncanakan. SRIP telah mengambil peluang menyertai beberapa aktiviti yang dirancangkan.

14/7 - seramai 20 orang murid SRIP terdiri daripada murid tahun 5 dan tahun 6 telah berpeluang mengikuti program motivasi bersama En.Syed Rasidon,PPD Kinta.
15/7 - Cik Maizatul Natrah telah menghadiri kursus.

16/7 - Seramai 15 orang murid Tadika SRIPIPOH telah menyertai pertandingan mewarna.Tahniah kepada adik - adik yang telah berjaya menunjukkan bakat mereka ;
  • Adik Nur Aliah bt Mohd Yusoff (6 Tahun) - Tempat ke-2
  • Adik Muhammad Anas Zafran b Mohd Nazir (5 Tahun) - Saguhati
Seramai 6 orang murid telah menyertai Pertandingan Mencipta Kad Raya 1Malaysia
menggunakan aplikasi Powerpoint.Tahniah kepada adik yang telah berjaya ;
  • Adik Nur Lina Ilyana bt Syahrul Redzuan - Tempat ke-2 (12Thn)
Tahniah kepada pihak perpustakaan diatas kejayaan program dan syabas kepada anak - anak didik SRIP serta ibubapa yang telah memberikan sokongan.






No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.